Background Pattern
STU Logo

KESATUAN GURU-GURU SABAH

Sabah Teachers' Union ( STU )

PENGENALAN

SABAH TEACHERS UNION (STU) ialah satu kesatuan terawal yang didaftarkan di Sabah, amnya di Malaysia. Ditubuhkan pada 6 Mac 1967 dan didaftarkan mengikut Akta Kesatuan Sekerja yang mempunyai hak kesatuan seperti mengambil tindakan perusahaan, piket, hak perlindungan dengan kerajaan dalam menuntut bonus, gaji dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik serta menjaga kebajikan ahli.

Keahlian terbuka kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia seluruh negeri Sabah.

TUJUAN DAN MATLAMAT

  • Kepimpinan yang mempunyai kepakaran dalam isu-isu profesional perkhidmatan dan gaji.
  • STU mempunyai rangkaian yang erat dengan agensi kerajaan seperti JPA, KWSP, KPM dan JPNS untuk memudahkan urusan dan permasalahan yang timbul.
  • STU juga merupakan ahli kepada permuafakatan Kesatuan Sabah Sarawak dan permuafakatan Kesatuan Keguruan Malaysia.
  • Menyediakan tabung kebajikan khairat kematian yang dapat membantu meringkankan beban jika ahli ditakdirkan meninggal dunia dan menyediakan skim berkelompok yang terbaik sebagai sumber utama simpanan hari tua, hilang upaya atau kematian.
Presiden STU

PRESIDEN STU

PERUTUSAN KHAS

AMANAT PRESIDEN
SESI 2022-2026

"Tahniah! Anda dan juga keluarga tersayang kini diberi keistimewaan untuk menyertai SKIM BERKELOMPOK KOMPREHENSIF 'MUTIARA PLUS'. Skim ini terbuka kepada warga pendidik di seluruh negeri Sabah beserta pasangan dan juga keluarga."

Sehubungan dengan ini, STU juga telah memikirkan langkah-langkah kebajikan seluruh warga pendidik bagi merancang ekonomi dengan baik secara profesional, sistematik dan telus. Lebih mustahak, skim ini menepati PRINSIP SYARIAH & MUAMALAT ISLAM.

Oleh yang demikian, STU ingin mengajak semua guru dan ahli keluarga menyertai SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ini kerana ianya terbukti dapat membantu dan meringankan bebanan kewangan serta penyakit yang dihadapi di samping mengurangkan penderitaan yang mungkin perlu ditanggung oleh ahli keluarga jika ditakdirkan ditimpa musibah atau meninggal dunia.

Pihak kesatuan berkeyakinan bahawa skim ini akan terus mendapat sambutan dengan termetrinya kerjasama di antara STU dengan agensi korporat iaitu SYUHAIRY & PARTNERS GROUP SDN. BHD. dan AL MATEEN SYNERGY PLT sebagai penyelaras skim tersebut, serta ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD sebagai pengendali takaful.

Memandangkan skim ini amat baik dan tidak membebankan ahli, saya berharap warga pendidik dapat merebut peluang ini demi kebaikan diri dan keluarga yang dikasihi.

"Sesungguhnya sesorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sekian, Terima kasih.

Sembang WhatsApp