"
Logo Sabah Teachers Union (STU) Mengenai STU

Sabah Teacher's Union (STU)

SABAH TEACHERS UNION (STU) ialah satu kesatuan terawal yang didaftarkan di Sabah, amnya di Malaysia. Ditubuhkan pada 6 Mac 1967 dan didaftarkan mengikut Akta Kesatuan Sekerja yang mempunyai hak kesatuan seperti mengambil tindakan perusahaan, piket, hak perlindungan dengan kerajaan dalam menuntut bonus, gaji dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik serta menjaga kebajikan ahli.

Keahlian terbuka kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia seluruh negeri Sabah.

SUMBANGAN & PERJUANGAN

Aktiviti terkini kesatuan bukan sahaja tertumpu kepada usaha merekrut ahli baharu bagi Sabah Teacher's Union, malah turut memberi penekanan kepada penambahbaikan perkhidmatan sedia ada demi kebajikan semua ahli. Di samping itu, kesatuan juga memperkenalkan satu skim yang menarik serta komprehensif khusus untuk ahli STU, dan terbuka kepada seluruh ahli keluarga guru-guru di Sabah. Program yang sedang giat dilaksanakan ini berupaya membantu menyediakan dana sehingga maksimum RM200,000, dengan kadar caruman minimum serendah RM20 sebulan.

Lebih penting, skim ini turut memberi perlindungan sekiranya ahli STU atau ahli keluarga mereka ditakdirkan diuji dengan musibah seperti kematian atau hilang upaya. Dalam tempoh promosi, kesatuan juga membuka peluang kepada guru-guru serta ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada untuk menyertai program ini tanpa perlu mengemukakan laporan perubatan. Walaupun mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik, mereka masih layak mencarum dan berpeluang membuat tuntutan sehingga maksimum RM200,000 berdasarkan penyakit yang dihidapi.

Sekiranya berlaku kematian akibat penyakit tersebut, manfaat kewangan yang diperuntukkan akan disalurkan kepada waris yang layak, sekali gus membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

01
01.

Mendapat gaji yang sama bagi guru siswazah seperti siswazah dalam perkhidmatan lain

02
02.

Menambah peluang kenaikan pangkat untuk guru siswazah dan bukan siswazah

03
03.

Imbuhan tetap perumahan

04
04.

Imbuhan tetap keraian

05
05.

Kenaikan pangkat mengikut masa (time based)

06
06.

Menambah baik PTK

07
07.

Hadiah pergerakan Gaji Guru Pakar / Cemerlang

08
08.

Penempatan dan status guru pendidikan jarak jauh

09
09.

Peningkatan Sijil Perguruan Asas Bertaraf Diploma

10
10.

Memendekkan tempoh kursus Induksi

11
11.

Mewujudkan jawatan kaunselor di sekolah-sekolah dan lain-lain lagi

Berita & Artikel

Artikel Terkini @ STU

Terasa kehilangan, kawan baik ziarah kubur Abdul Fatah setiap hari

Terasa kehilangan, kawan baik ziarah kubur Abdul Fatah setiap hari

SEREMBAN - Pemergian murid Tahun Tiga yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng,...

Enam sekeluarga terkorban di Sungai Korok, ini yang perlu anda tahu

Enam sekeluarga terkorban di Sungai Korok, ini yang perlu anda tahu

BERITA kehilangan enam sekeluarga sejak Sabtu mendapat perhatian warga maya sehinggakan ramai ternanti-nanti apakah peny...

Guru besar meninggal dunia selepas pengsan di pejabat

Guru besar meninggal dunia selepas pengsan di pejabat

TAMPIN - Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Gedok di sini meninggal dunia selepas ditemui peng...

Tekanan kerja punca ramai guru hidap penyakit kronik?

Tekanan kerja punca ramai guru hidap penyakit kronik?

SHAH ALAM: Selain faktor pemakanan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NTUP) tidak menolak kemungkinan tekanan...

Sembang WhatsApp